Cipta. Kongsi. Belajar.

Digariskan sebagai inisiatif Ke-7 dalam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), Juh Digital bertujuan untuk membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana (mSME) untuk mempromosi dan meluaskan capaian pasaran mereka.

Juh Digital Bootcamp adalah sebuah program pemasaran digital untuk komuniti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Pengajar di Juh Digital Bootcamp ini akan mengajar anda tentang cara bagaimana untuk meningkatkan keberadaan digital untuk perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Juh Digital Bootcamp merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), dan dikuasakan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

Adakah anda sedang mencari peluang untuk mencuba cabang karier baharu, atau ingin menambah ilmu pengetahuan bagi meluaskan keberadaan digital anda? Adakah anda mempunyai perniagaan yang sudah sedia untuk dilancarkan ke dunia digital?

3d-character-rocket