Sertai Komuniti #JuhDigital

Juh Digital Bootcamp adalah program pemasaran digital untuk peniaga mSME yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak
Juh Digital Sarawak

Apa Itu Juh Digital Bootcamp?

Juh Digital Bootcamp adalah sebuah program untuk meningkatkan keberadaan digital komuniti peniaga di Sarawak. Melalui program ini, anda berpeluang untuk menimba kemahiran dan pengetahuan digital bersama pasukan profesional kreatif dan teknologi yang bersemangat serta dinamik. Semua ini akan dikongsikan kepada anda melalui latihan dalam talian yang dihasilkan secara profesional, mengikut keperluan penting dalam industri perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Juh Digital Bootcamp juga merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), dan dikuasakan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

Objektif Juh Digital Bootcamp

Untuk memperkasa mSME dengan kemahiran pemasaran digital terkini

Untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak

Untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Sarawak 

Juh Digital Sarawak

Mengapa Perlu Pemasaran Digital?

Tidak dinafikan, perniagaan kini lebih mudah meluaskan capaian pasaran hanya dengan menekan satu butang sahaja.

Pemasaran digital adalah teknik yang lebih interaktif berbanding pemasaran tradisional (seperti iklan cetak, komunikasi telefon atau pemasaran fizikal) – dan merupakan strategi penting yang digunakan oleh perniagaan.

Dengan memacu kedai dalam talian, anda boleh menjadi sebahagian daripada industri E-dagang dengan pertumbuhan yang berterusan.

Dengan pemasaran digital yang kini merupakan bahagian penting dalam mana-mana industri, keperluan untuk profesional dengan kemahiran yang sesuai telah menjadi keutamaan bagi kebanyakan perniagaan.

Juh Digital Sarawak

Jejak Pembelajaran Juh Digital Bootcamp

Kelas Bermula

23 Julai 2022

Minggu Pertama

23 Julai 2022

Minggu Kedua

30 Julai 2022

Minggu Ketiga

6 Ogos 2022

Minggu Keempat

13 Ogos 2022

Peringkat Asas
  • Media Sosial & SEO Tempatan
  • Konten yang Bermakna
  • Perdagangan Sosial
Peringkat Strategi & Teknikal

Setiap peserta boleh memilih salah satu sektor pengkhususan (learning elective/track) di peringkat ini:

Trek Pembelajaran 1 : Industri Makanan & Minuman (F&B)

Trek Pembelajaran 2 : Produk

Trek Pembelajaran 3 : Industri Perkhidmatan

Asas Paid Ads
Strategi Digital Marketing

Peringkat Kesimpulan​

Analisis & Laporan

Manfaat Juh Digital Bootcamp

Belajar dari perkongsian ilmu & idea

Pelajari kaedah dan teknik berharga yang dikongsikan oleh pakar terbaik dalam industri dari sudut pandang sektor yang berbeza-beza.

Tonton kelas bootcamp yang direka khas secara profesional

Sukatan pelajaran terkini yang mengikut rentak praktikal dunia semasa. Kursus Juh Digital Bootcamp disusun dan dihasilkan secara dalaman bagi memastikan pengalaman pembelajaran dalam talian yang berkualiti tinggi.

Antara kemahiran paling dicari di Linkedin

Pemasaran Digital adalah menjadi salah satu skil paling dicari oleh kebanyakan perusahaan. Sama ada digunakan untuk menambah ilmu anda sebagai individu atau untuk memacu perniagaan anda untuk mencari pelanggan yang berkualiti; semestinya anda memilih untuk tidak ketinggalan dalam alam digital kini.

Inisiatif Oleh
Dikuasakan Oleh